Salam and hi!
Act taktahu nak post pasal apa ni. Lama dah tak main blog, dulu active. Haha dulu punya cerita la, zaman sekolah. Sekarang dah masuk belajar, haram. Ingat ada masa ke? Ceh.
Ada siapa siapa nak tanya pasal matriks tak? Kalau takda pun nak cerita jugak. Hua hua.
Aku sekarang belajar dekat matrikulasi selangor, dekat je dengan rumah, setengah jam dah sampai. Tapi matriks bukan tiap minggu boleh balik. Kadang kadang ada aktiviti. Ala tapi setahun je kat matriks. Aku ni ha pejam celik tiba tiba nak hujung bulan 2 dah. Lagi 60 hari lebih je dekat matriks tu oi. Pastuuuuuuu enjoy! Ceh.
Dekat matriks, aku amik science module 3 which is ada Biology, Chemistry, Maths and Science computer. Dalam banyak banyak tu aku suka Biology sebab experiment dia syok syok! Bedah itu ini la, banyak pakai microscope. Dah tu microscope sorang satu, dengan pakai lab coat nya. Ceh acah acah saintis je. So farrrr, nak kata susah tak susah. Senang pun tak ada la senang sangat. Yang penting belajar. Kelas biasanya start pukul 8 pagi habis pukul 3/4/5 petang. Rehat dua kali. Tak penat mana pun. Bilik pulak, satu bilik empat orang, bilik selesa, Tak kecik ok, Selesa dah. Kalau tension tension, petang boleh pergi gym, main apa apa sukan, ada squash, and macam macam. Paling best ada basikal boleh ronda satu matriks hahaha tapi aku biasanya buat sukan berenang atas katil je.
Matriks aku ada 3 cafe. 3 blok perempuan and 2 blok lelaki. Nama nama blok; Vega, Polaris, Mira, Canopus, Capella. Aku blok polaris. Tingkat 4. Ya, tingkat 4. Hari hari exercise tapi tetap gemuk juga hesh. Martiks kalau aliran sains ni ada 3 jenis kelas, Tutorial, Praktikal, Kuliah. Kelas tutorial ni macam kelas dekat bilik darjah. satu kelas ada dalam 20 orang je. Kalau kuliah pulak, dia gabung semua praktikum untuk satu kuliah. Selalunya ada 3 kuliah je. Satu kuliah ada dalam 6 praktikum. Kuliah ada 6, dewan kuliah kecil ada 4 and dewan kuliah besar ada 2. Dewan kuliah besar ni puaka sikit sebab meja dia asyik nak jatuh je huwahaha seksa dik non. Praktikal pulak kelas buat exeriment dekat makmal, kalau science comp, dekat makmal komputer.
Library dia bessst! Sebab besar pastu wifi lajuuuuuuu, nak download apps pun senang hati hahaha. Bukak sampai 11 malam. Ok la penat dah nak typing. See ya when I see ya!
Written by,
@daniazckry